.sidebar ul li {background:url("URL GAMBAR ANDA") no-repeat 2px .25em;margin:0;padding:0 0 3px 16px;margin-bottom:2px;text-indent:7px;line-height:1.3em;}

Thursday 4 February 2016

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2016

Kejohanan Bola Jaring MSSD 2016 telah berlangsung pada 4/2/2016 di SK Serendah.SKUYB telah menghantar pasukan bola jaring ke kejohanan tersebut.SKUYB telah memenangi 1 perlawanan mengalahkan SKJ(T) 6-1 dan 2 lagi mengalami kekalahan. Kalah kepada SK Sg choh dan S K Serendah.Dan keputusannya SKUYB telah tersingkir di peringkat kumpulan.Walaubagaimana pun,kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh murid dan guru harus dipuji.Insyallah tahun depan kita akan teruskan perjuangan.Tahniah juga buat cikgu2 yang telah melatih dan membawa murid ke peringkat daerah.
Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Selangor di S K Serendah

Pasukan Bola Jaring SKUYB

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD 2016

Kejohanan bola tampar peringkat daerah hulu selangor telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 2/2/2016 sehingga 4/2/2016. Kejohanan berlangsung di SJK(C) Kg Gurney,Hulu Yam.Pihak sekolah SKUYB telah memohon keizinan pihak sekolah SJK(C) Kg Gurney buat kali yang ke 3 menggunakan sekolah sebagai venue kejohanan MSSD.SKUYB adalah sebagai tuan rumah kejohanan MSSD bagi setiap tahun.

2/2/2016 - Kejohanan bola tampar lelaki peringkat kumpulan
3/2/2016 - Kejohanan bola tampar perempuan peringkat kumpulan
4/2/2016 - Pertandingan separuh akhir dan akhir lelaki dan perempuan.

Keputusan perlawanan :-

JOHAN LELAKI MSSD 2016          - Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu
N.JOHAN LELAKI MSSD 2016      - Sekolah Kebangsaan Rasa
TEMPAT KE 3 BERSAMA             - SJK(T) Ladang Sg Choh & SJK(T) Kerling

JOHAN PEREMPUAN MSSD 2016   -  Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu
N.JOHAN PEREMPUAN MSSD 2016 -  Sek Keb Taman Bunga Raya 1
TEMPAT KE 3 BERSAMA -   Sek Keb Bukit Beruntung & Sek Keb Bukit Beruntung 2


JOHAN PEREMPUAN MSSD 2016
SEK KEB ULU YAM BHARU

JOHAN LELAKI MSSD 2016
SEK KEB ULU YAM BHARU




Tahniah buat pasukan bola tampar SKUYB.Semoga akan terus sukses diperingkat MSSS 2016.Kejohanan peringkat negeri selangor akan berlangsung pada 22/2/2016-26/2/2016 di Klang,Selangor.Semoga akan terus menjuarai kejohanan MSSS seperti tahun 2015.Gd luck.






Wednesday 27 January 2016

Jualan t shirt kokurikulum dan tshirt sukan sekolah

Makluman kepada semua ibubapa / penjaga Tshirt kokurikulum  telah dibuka jualan bermula dari 1 hb februari 2016 manakala Tshirt sukan sekolah perlu dibuat tempahan dulu.Tempahan untuk tshirt sukan adalah berdasarkan borang pembelian yang telah diedarkan kepada semua murid.Tempoh tempahan adalah selama 2 minggu selepas itu tempahan akan ditutup.Semua murid dikehendaki membeli tshirt sukan,ini adalah kerana tshirt sukan bagi tahun 2016 adalah berbeza dari tahun sebelumnya.Pembelian Tshirt Kokurikulum boleh terus dibeli melalui guru kelas/GPK Koku.

Berikut adalah senarai harga bagi jualan tshirt ;-

1. Tshirt Kokurikulum Lengan pendek  RM  20.00
2. Tshirt Kokurikulum Lengan panjang RM  22.00
3. Tshirt Sukan Lengan pendek              RM  16.00
4. Tshirt Sukan Lengan Panjang             RM  18.00

Saiz untuk tshirt bermula dari saiz 26/28/30/32 sehingga 44.Bagi ibubapa yang tidak mengetahui saiz bagi tshirt anak.tlg maklumkan pada borang tersebut.Guru kelas akan dapatkan saiz untuk murid tersebut.Trm kasih


Tuesday 26 January 2016

Merentas Desa 2016

Pihak SKUYB telah mengadakan latihan merentas desa bermula dari 13/1/2016,20/1/2016 dan telah mengadakan Merentas desa peringkat sekolah pada 22/1/2016.Semua murid tahap dua telah terlibat dengan aktiviti tersebut.Merentas desa peringkat daerah telah diadakan pada 27/1/2016 bertempat di SK Gedangsa.

Friday 22 January 2016

Aktiviti jualan Tracsuit

Untuk makluman semua ibu bapa,jualan tracsuit telah bermula dari cuti sekolah hujung tahun 2015.Surat berkaitan jualan tracsuit telah diedarkan kepada semua murid sebelum cuti sekolah hujung tahun 2015.Ramai ibubapa yang telah mula mendapatkan tracsuit pada cuti persekolahan yang lepas.Jualan masih dibuka sehingga sesi persekolahan bulan januari,namun terdapat saiz yang telah kehabisan stok.Tempahan untuk tracsuit telah pun ditutup pada 15/1/2016.Tempahan telah dibuat pada 18/1/2016.Tempoh untuk mendapatkan tracsuit kemungkinan agak lewat .Ini adalah kerana production kilang akan ditutup selama 9 hari bersempena dengan perayaan tahun baru cina.Anggaran hujung bulan februari atau awal bulan Mac baru tempahan dapat disiapkan.Kepada ibubapa yang telah membuat tempahan untuk tracsuit yang baru diharap bersabar dan sekiranya tracsuit sampai pihak kami akan mengedarkan terus kepada murid yang berkenaan.
Harga jualan ialah mengikut saiz
Saiz 26-36 = RM16.00
Saiz 38-44 = RM18.00